Walaupun hanya menang dengan majoriti 325 undi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), penyandang kerusi Parlimen Papar, Ahmad Hassan yakin mampu mengulangi kejayaan sama pada PRU15.
Ahmad mengakui pada 2018, gelombang perubahan mungkin sedikit memberi kelebihan kepadanya untuk menang dalam saingan empat penjuru.
Bagaimanapun, bekas akauntan itu percaya rakyat di kawasan itu akan beri peluang sekali lagi berdasarkan trek rekod perkhidmatannya.